Assalamualaikum
Seperti acik janjikan nak berkongsi cerita.
Sebelum tu nak mintak maaf dulu kalau ada kata2 yang tak suka korang baca. Acik pon bukan penulis, acik tulis ikut gaya sendiri & bahasa pasar pon masuk hihi.
Maaf sekali lagi kalau ada salah silap dalam penulisan.
Wallahu a'lam
MANISNYA PENGHIJRAHAN
PERTAMA KALI MELIHAT NIQAB @ PURDAH.
Pertama kali melihat org memakai niqab dulu masa budak2 rasa terkejut, takutnya nampak mata jek.
Dulu hanya warna hitam saje yg selalu jumpa, kami anggap itu pakaian untuk ustazah dan untuk orang yg baru balik belajar dari Negara Arab.
Mungkin tak pernah tengok jadi rasa pelik dan takut. Sebab takde penerangan dari orang dewasa.
Seorang sepupu rapat pangkat abang telah mengikuti jemaah tabligh. Masa tu orang kampung tidak faham apa yang orang tabligh usahakan termasuk acik yg masih kecil masa tu. Mereka tak faham dan mereka tak berusaha untuk faham hanya kutukan yg mereka buat. Contoh orang kampung punya reaksi, buat apa datang rumah orang cerita pasal agama kitakan orang islam dah tau semua. Ajak orang pergi masjid orang taulah nak pergi, tapi peginya tidak. Yg bujang lari masuk rumah kalau jemaah tabligh ziarah macam nampak hantu. Itu yang acik ingat masa acik kecik. Ada kaitan jugak sepupu acik ni dlm cerita acik sabar untuk cerita seterusnya tau.
BERCINTA SELEPAS NIKAH.
Diringkaskan cerita dari merisik pastu bertunang dan bernikah semua mak & mak mertua yang uruskan. Kami bertemu empat mata untuk bertanya dan berterus terang tentang persetujuan kami pastu takde bantahan, jadi semua berjalan macam aturan mak mak kami. Sebelum bernikah suami dah mula ikut jemaah tabligh tapi biasa2 jek tak aktif sangat.
Awal tempoh penikahan cara kami masih sama macam masa belum nikah, kemelayuannya masih kuat.
Apa maksud acik dengan kemelayuan yg masih kuat?
Contoh :
Cara hormat orang tu kita mesti laju jek salam tak kira la suami mak sedara abang ipar, sepupu lelaki dan sedara jauh. Salam tu kononnya tanda hormat.
Pakai tudung bila keluar rumah jek dalam rumah tak pakai walaupon ada yang bukan mahram. Alasannya ala dah macam bapak sendiri, dah macam adik beradik sendiri. Sedangkan masing2 tahu tapi lebih pentingkan menjaga hati dari menjaga hukum Allah. Itu dulu sekarang alhamdulillah banyak sudah perubahan tentang penjagaan aurat sesama kita Alhamdulillah syukur.
Sampai satu masa suami minta jaga aurat dengan ipar dan pakai tudung bila ada yg bukan mahram dan bila keluar rumah untuk sidai baju atau sebagainya.
Acik terima sebab dah tau tapi tak buat sebab takde yang tegur kita jadi lalai. Astagfirullah syukur sangat ada suami yang menegur. Masa tu anak dah masuk 2 orang. Banyak lagi kejadian yg terjadi masa mula mula acik membetolkan diri dalam menjaga aurat. Tapi rasanya tak perlu acik ceritakan.
Mungkin korang akan kata kenapa dah anak 2 baru tegur kan. Itulah qada & qadar kami hidayah baru sampai pada kami, terlambat tak apa asal dapat hidayah dari Allah. Syukur alhamdulillah.
Berbalik pada abang sepupu tadi dia terus berdakwah dan sudah berkahwin. Bila hari raya dia akan bawa isteri dan anak2 datang ziarah kami sekeluarga. Isteri dia berpurdah lengkap serba hitam. Acik cakap dengan suami kak pah (bukan nama sebenar) dia pakai purdah gitu yea bang. Dalam hati macam mana dia nak makan ek? Selesa ke? Tak panas ke? Dari situ suami mula suarakan keinginan dia tengok acik berpurdah, tapi tidak memaksa hanya menyuarakan saje.
Hah hambek ko sibuk nak tanya tanya lagi kan dah mendapat. Dalam hati berkata.. alamak abang nak suruh pakai purdah pulak, aku layak ke? Bukan ke tu ustazah jek yang pakai, ilmu agama pon kurang (pemikiran masa dulu) aku bukannya cantik macam era fazira kikikiki ketawa dalam hati sorang2.
Acik : Serius ke nak orang pakai purdah?
Suami : Yea lah harta kita... kita nak jaga... aurat kita.. kita nak jaga.
Acik :Terdiam......
Berapa lama mikir lupa pulak dah agak lama jugak tetiba cakap dgn suami.
Acik : orang nak pakai dengan rela hati taknak rasa terpaksa.
Suami : diam tapi tak marah
Suatu hari dapat berita anak saudara dapat tawaran sambung belajar ke mesir. Seronok sangat sebab dari keluarga kami dia org pertama dapat tawaran macam tu. Bila belajar disana anak saudara belom berpurdah tapi dia ada keinginan berpurdah. Hampir setahun baru dia memakai purdah atas keinginan sendiri. Mula bertanya anak sedara boleh ke acik pakai purdah sedangkan perangai masih hu ha hu ha. Dia cakap boleh aje acik cuba la in shaa Allah bila kita mula pakai purdah secara langsung akan memperbaiki perangai dan perbuatan kita kepada yg lebih elok.
Masih tak berani pakai. Memikirkan dengan bayi masih menyusu badan lagi acik mungkin kelam kabut nanti.
DIJENTIK HATI UNTUK BERPURDAH
Hah sampai bab ni mesti korang gelak kikikiki
Masa tu tengah ngetop filem "Ayat Ayat Cinta" watak aisyah pakai purdah. Acik tengok cantik jek dia pakai purdah suka pulak tengok. Teruja rasa nak pakai lepas tengok filem ayat ayat cinta. Suka tengok filem ni sampai beli novel dia ko haha
Masa tu anak pon dah pisah susu jadi acik rasa dah bersedia takde gangguan in shaa Allah. Dalam diam acik merancang nak buat tudung labuh & takmau pakai baju lengan pendek, ketat sendat. Kumpul tudung dan baju yg takmau pakai bungkus. Ajak suami cari kain untuk buat tudung. Hasil intipan di fb orang jual tudung labuh dia guna kain koshibo. Cari kain koshibo untuk buat tudung. Cari mini telekung yang mak hadiahkan masa balik haji dulu untuk buat ukuran. Potong gunting buat niqab sekali tapi simpan dulu. Mula mula biasakan ahli keluarga dengan tudung labuh dulu itu misi acik. Suami pon terkejut aik labuhnya tudung dia kata. Nak buat kena buat yg betol acik kata. Hampir beberapa bulan pakai tudung labuh. Satu hari acik buat kejutan untuk suami taraaa suka tak? Acik pakai purdah untuk pertama kalinya. Suami terkejut gembira senyum sampai telinga orang kata. Nampak suami senyum gembira kita pon seronok. Eleh korang pulak tersenyum senyum baca... jangan marah haaaa.
Masa mula mula pakai rasa janggal sebab orang pandang pelik sebab masa tu tak mcm sekarang ramai dah pakai purdah. Orang pandang macam kita buat salah. Tapi perasaan selesa sangat bila pakai jalan penuh rasa bangga walaupon orang pandang macam tengok alien hahaha. Perasaan yg tak boleh nak digambarkan, rasa terlindung dari pandangan ajnabi. Berbaju longgar dan tudung menutup dada masa tu rasa selesa sangat. Allah saje yang tau perasaan sebenar masa tu. Bersyukur tak terhingga.
Mak pon terkejut sikit tapi boleh terima dalam terkejut hihihi. Sebab kami dari keluarga biasa biasa saje bukan keluarga ustaz atau ustazah. Dan acik anak perempuan dia yang pertama pakai purdah.
Lama kelamaan mak dan adik beradik dapat selesakan diri bila kami keluar bersama. Begitu jugak saudara mara yg lain mereka terima dengan positif sebab sekarang mudah untuk dapat info yang betol tak macam dulu2. Alhamdulillah
Inilah cerita acik serba ringkas mungkin tak lah istimewa pada korang, tapi pada acik penghijrahan yg amat bermakna. Bila ingat sedih sebab lambat bertindak. Tapi kita tak boleh pertikaikan qada dan qadar dari Allah. Kena bersyukur selalu in shaa Allah
Perjalanan hidup kita sudah lama tertulis cuma tinggal kita memilih jalan yang mana satu. Yang betol atau yang salah. Ikut keperluan atau kemahuan. Nafsu atau iman kita sendiri penentu. Usah salahkan takdir, kerana takdir boleh diubah dengan memohon doa padaNYA.
In shaa Allah DIA Maha mendengar dan sentiasa mengampunkan dosa hambanya yang memohon ampun atas dosa dosa mereka.
Jadi yang sudah ada niat nak berhijrah teruskan jangan ragu ragu. Niat baik in shaa Allah dapat pulangan yang baik. Yang penting istiqamah.
MISI MENCARI NIQAB @ PURDAH
Mula mencari niqab @ purdah secara online.
Pertama kali order purdah online pakai tak selesa mata pedih.. masih pakai purdah yang buat sendiri.. cari2 lagi purdah lain yang 3 layer dapat 1 berkenan beli ok pakai selesa.
Tapi acik nak yang nampak mesra apa orang kata lebih feminin. Sebab hitam jek pada acik nampak garang. Akhirnya bertemu Niqab D'insyirah Queen mula buat intipan demi intipan akhirnya berkenan dan order. Bila dah dapat cuba pakai memang selesa mata tak pedih kain tak tebal dan tak jarang. Alhamdulillah
-Aciksari-
#haraptakkecewabilamembaca
#ceritasimpletapipenohmakna
#maafacikbukanseorangpenulis
#maafustazah&ustazandaiadayangsalah
#silabagiteguran
#sekadarberkongsipengalaman
#maafkalauadaayatyangmengurishati
#masihbetolkandirisendiri
#hidayahmilikAllah
#Alhamdulillah


Comments
Post a Comment