Skip to main content

Kek marbel 3 rasa.



 300 g marjerin
*280 g tepung halus (tepung gandum pun boleh)
*1 camca teh serbuk penaik 
 *1 camca besar susu tepungsemua bertanda
* disatukan dan diayak
 
5 biji telur gred A
250 g gula kastor
1 camca besar ovallete
30 g gliserin + 20 g air ATAU 50 g susu segar / susu cair
 
3 BAHAN PERISA+PEWARNA:
1 sudu kecil vanilla flavour
1 sudu kecil emulco strawberi
1 sudu kecil emulco cokelat
 
pukul mentega/marjerin hingga kembang, masukkan campuran tepung yang diayak. Gaul sahaja hingga rata
 
Dalam mangkuk  berasingan, pukul telur, gula dan ovallete menggunakan kelajuan tinggi dan pukul hingga kembang dan gebu, seperti adunan kuih bahulu.
 
perlahankan kelajuan, masukkan adunan mentega + tepung tadi sedikit demi sedikit sehingga habis, masukkan pula susu @ campuran gliserin dan air. gaul rata.(acik letak air)
 
bahagi kepada tiga bahagian, dan masukkan setiap satu dengan 3 perisa dan pewarna yg berlainan. (boleh ubah ikut citarasa masing-masing.)
 
Sapukan acuan kek dengan mentega / marjerin (8x8x3 / 8x3 inci ). Alskan dengan kertas minyak.
 
Sendukkan adunan berselang seli di tengah2 acuan. Corakkan menggunakan chopstick atau hujung pemegang sudu. tak perlu terlalu banyak pusingan. 3-4 sudah cukup.
 
bakar pada suhu 150- 180 celcius )mengikut kesesuaian oven masing2.  Bakar selama 45 minit. (jangan lupa panaskan oven lebih kurang 10 min sebelum membakar.)
 
untuk mendapatkan permukaan yang cantik, tutupkan acuan menggunakan loyang atau tudung periuk,
 
kalau nak cantik, selepas keluarkan dari oven, terbalikkan atas redai dalam 5-10 min, mungkin ada rekahan sikit di atas, tp x apa, asalkan pastikan dah masak dgn mencucuk kek tu, macam biasalah kan..... :) 

Comments

Popular posts from this blog

Jenis-jenis Vitamin B dan Fungsi-fungsinya.

 Jenis-jenis Vitamin B dan Fungsi-fungsinya Jenis-jenis Vitamin B dan Fungsi-fungsinya Pengarang UDI DOLLARDiterbitkan pada November 25, 2017  TAGS MAKLUMAT KESIHATAN Vitamin B memainkan peranan penting untuk badan. Bahan ini dapat membantu pertumbuhan, perkembangan dan fungsi tubuh yang lain. Memandangkan manfaat vitamin B untuk badan, anda harus sentiasa memasukkan bahan-bahan ini dalam diet harian anda.  Vitamin dimasukkan ke dalam mikronutrien yang diperlukan dalam badan. Dengan kata lain, vitamin tidak diperlukan dalam kuantiti yang banyak sebagai bahan makronutrien, tetapi fungsi vitamin penting untuk mengaktifkan fungsi badan. Jumlah vitamin yang diperlukan oleh tubuh adalah 13 vitamin, di mana 8 adalah dalam kumpulan vitamin B-kompleks atau B.  Lapan anggota vitamin B kompleks dibubarkan di dalam air. Walau bagaimanapun, kompleks vitamin B juga sangat terdedah kepada kerosakan dan kemusnahan, terutamanya ole...

Donats

Donuts 1 paket yeast @ mauripan 2 sudu besar air suam@lebih sikit 3/4 cawan susu suam 2 1/2 sudu butter 1 biji telur 1/3 cawan gula 1 sudu teh garam 2 3/4 cawan tepung gandum (akak ikut suka lebih sikit kadang2) Cara: - dlm mangkuk sederhana masukkan yeast@mauripan dlm air suam. - Dalam mangkuk lain masukkan susu suam, butter, telur dan garam putar@kacau sampai sebati& lembut. - masukkan separuh tepung dan putar 30 saat. - masukkan bancuhan mauripan tadi gaul rata. - masukkan separuh lagi tepung dan uli dengan tangan hingga lembut. - tutup adunan tadi sehingga menjadi 2 kali ganda. - uli doh dgn ditabur tepung diatas pencanai bentukkan bulat guna acuan@tangan kemudian tunggu 30 - 45 minit. - goreng seperti biasa. Copy & paste

APA ITU KACIP FATIMAH?

D Nama botaninya ialah Labisia pumila. Dalam kegunaan tradisional, kacip fatimah digunakan untuk mengekalkan sistem pembiakan yang baik bagi wanita, untuk mengetatkan dan melincirkan serta meningkatkan fungsi seksual seperti tongkat ali. KHASIAT KACIP FATIMAH >> Mencegah pembiakkan sel prakanser >> Memantapkan tisu yang memerlukan hormon estrogen >> Mengukuhkan struktur tulang melalui penyerapan jisim tulang >> Melewatkan proses penuaan. >> Masalah keputihan >> Masalah angin kerana ianya anti-flatulence iaitu membantu membuang angin berlebihan di dalam badan. >> Melancarkan proses kelahiran bayi. >> Mengembalikan kecergasan selepas bersalin. >> Membantu dalam pengecutan rahim >> Melangsingkan badan dengan membantu dalam menegangkan otot-otot. >> Merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarakan perjalanan darah dan kitaran haid wanita sekaligus mengurangkan sakit senggugut ketika haid. >> Mengurangkan simpto...