Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2013

Rahim Terbalik.

Apa itu rahim terbalik atau rahim retroverted? Adalah nama yang diberikan kepada rahim yang membengkok kebelakang. Rahim terbalik adalah istilah yang silap diberikan kerana ia sebenarnya tidak terbalik sama sekali. Kebanyakkan wanita dilahirkan dengan rahim lurus ataupun sedikit terjungkit kebelakang atau kedepan. Rahim Retroverted cuma merupakan salah satu variasi kedudukan rahim dan selalunya tidak berkaitan dengan sebarang masalah kesihatan. Walaubagaimanapun, ia kadang-kadang menyebabkan kesakitan semasa bersama atau semasa haid dan, pada segolongan kecil wanita ia mungkin merupakan salah satu tanda sistem peranakan bermasalah. Sebab terjadi rahim terbalik (RT)? Pada kebanyakkan wanita, penyebab utama ialah genetik kerana mereka dilahirkan dengan rahim terbalik dan normal secara keseluruhannya.  Tetapi terdapat juga faktor yang lain yang menjuruskan anda untuk mengalami RT, ia termasuklah: Kehamilan: Semasa hamil rahim membesar dan otot yang menyokong rahim akan menjadi lemah. ...

Ingin Hamil.

BBT dan Lendir Serviks Suhu asas badan dan lendir serviks Sekiranya anda sedang cuba untuk mengandung atau cuba mengelak dari mengandung, adalah berguna sekiranya anda mengetahui masanya subur anda kerana anda boleh merancang hubungan kelamin anda pada waktu yang lebih sesuai. Ramai yang mengunakan kit ovulasi kerana ia senang dan boleh mengenal pasti dengan lebih tepat bilakah tarikh ovari anda akan mengeluarkan telur tetapi cara yang lebih semulajadi ialah dengan merasa sendiri bilakah waktu subur anda iaitu dengan mencatit suhu asas badan (BBT) dan dengan memerhati perubahan corak lendir yang dikeluarkan oleh serviks anda. Apa itu suhu badan asas (Basal body tempature BBT)? Ialah suhu badan yang diambil semasa anda bangun dari tidur setiap pagi iaitu sebelum anda bangun dari katil atau mengosok gigi anda. Masukkan termometer ke dalam mulut anda untuk sekurang-kuranya 60 saat dan catitkan bacaannya. Adalah penting untuk anda mengambil suhu ini dalam masa yang sama setiap pagi. Pastik...

Makanan Untuk Kesihatan Mata.

Anda pasti sudah sering mendengar bahawa karot bagus untuk kesihatan mata. Pernyataan ini benar adanya. Pilihan makanan sangat berpengaruh terhadap kesihatan mata. Kajian telah membuktikan bahawa nutrisi berperanan penting dalam menjaga kesihatan mata dan mencegah penyakit mata yang berkaitan dengan usia seperti Age-Related Macular Degeneration (ARMD), katarak, Glaucoma and Diabetic Retinopathy. Satu kajian yang dilakukan National Eye Institute (NEI) menunjukkan kalau vitamin dan nutrisi tertentu merupakan kunci utama mencegahan penyakit mata.� Nutrisi dan vitamin tertentu tersebut boleh mencegah penyakit utama mata yang berkaitan dengan usia hingga 39%. Salah satu kandungan dalam makanan yang berperanan dalam menjaga kesihatan mata adalah lutein. Lutein merupakan antioksidan karotenoid yang banyak ditemukan pada buah-buahan dan sayuran. Lutein ini juga merupakan pigmen yang memberikan warna kuning dan oren pada sayuran. Antioksidan ini dipercaya sangat penting untuk menjaga kesihatan ...

Darah Tinggi Semasa Hamil.

Tekanan darah tinggi adalah salah satu sebab mengapa wanita hamil dimasukkan ke hospital. Hypertension bermaksud tekanan darah tinggi manakala hypotension pula bermaksud tekanan darah rendah. Hypotension adalah normal semasa mengandung semasa awal dan pertengahan kehamilan dan sesuatu yang tidak perlu dirisaukan. Kenapa Tekanan Darah Tinggi Merbahaya? Punca utama mengapa wanita mengalami darah tinggi semasa hamil ialah disebabkan satu keadaan yang dinamakan pre-eclapmsia yang boleh menjurus kepada ECLMAPSIA, satu penyakit darah tinggi yang sangat serius. Pre-eclampsia dan eclampsia adalah salah satu punca utama kematian ibu dan bayi semasa hamil. 5-10% wanita yang mengandung anak sulung akan mengalami eclampsia. Jenis-jenis Darah Tinggi Penyakit darah tinggi kronik Ia adalah penyakit darah tinggi yang wanita alami semasa wanita masih belum hamil lagi. Ia lebih kerap berlaku kepada mereka yang berusia dan wanita tersebut mungkin mempunyai sejarah keluarga yang juga mempunyai darah tingg...

Kandungan Molar (Anggur)

Kandungan molar atau anggur berlaku apabila terdapat kecacatan pada kormosom yang menghalang kehamilan ini berkembang seperti biasa. Ia berlaku kerana genetik telur yang tidak lengkap menyebabkan sperma membahagi dengan sendirinya dan dengan secara tidak normal. Ini menyebabkan rahim membesar dengan cepatnya mengakibatkan pendarahan dalam rahim dan dari faraj. Gejala dan tanda Gejala dan tanda (symptom) kandungan molar: Pendarahan dari faraj Loya dan muntah yang luar biasa Sakit tiroid akibat hormone berlebihan Hormone hCH yang tinggi Tiada degupan jantung atau tiada janin Rahim yang membesar dengan cepat Darah tinggi sebelum usia kandungan 24 minggu Keluar tisu yang berupa anggur dari faraj Ultrasounds menunjukkan ‘snow-storm effect’ dalam rahim. Bagaimana ia dirawat? Tidak semua wanita mengalami kesemua tanda di atas dalam masa yang sama. Kadang-kadang agak sukar bagi doktor anda membuat diagnosa klinikal yang tepat disebabkan tanda-tanda yang tidak jelas. Tetapi sekiranya ujian dara...

APA ITU KURMA ?

Buah kurma atau dalam bahasa Arab, tamar adalah dari jenis palm seperti kelapa sawit sementara buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandungi khasiat pemakanan yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 2 %, serat hampir 4 % manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 % glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap badan adalah serta merta. Gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam badan. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap badan sebagai tenaga. KEBAIKAN KURMA Mencegah penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis.. Amat penting untuk memberi t...

PUERARIA MIRIFICA.

Herba Pueraria mirifica merupakan tumbuhan herba yang sangat terkenal dengan khasiatnya yang pelbagai. Hasil kajian saintifik menunjukkan herba ini dapat mengembalikan keremajaan khususnya untuk wanita. Bertindak dari dalam untuk menyerlahkan kecantikan dan kesihatan dalaman serta luaran yang menyeluruh, dari hujung rambut ke hujung kaki. Kelebihan utama herba Pueraria mirifica adalah menyeimbangkan hormon estrogen untuk memelihara ciri-ciri kewanitaan seorang wanita. Hormon estrogen merupakan kunci utama di dalam kesuburan seorang wanita. Ia menyerlahkan sifat kewanitaan serta membantu dalam membentuk tubuh badan wanita. Khasiatnya :  >> Menyeimbangkan hormon estrogen. >> Agen anti-penuaan untuk kulit berkedut >> Menghitamkan rambut beruban dan melebatkan rambut >> Membantu meningkatkan selera makan >> Menambah tenaga dan meningkatkan semangat >> Membantu memulihkan daya ingatan >> Melancarkan perjalanan darah >> Membantu mengatasi m...

APA ITU SAFRON?

Safron atau koma-koma merupakan sejenis rempah. Nama sains koma-koma adalah Crocus sativus. Koma-koma merupakan antara rempah yang termahal di dunia yang mana harganya boleh mencecah ribuan ringgit untuk sekilo . Koma-koma berwarna kuning keemasan dan diambil dari sekuntum bunga yang berwarna ungu. Pokoknya berasal dari Timur Tengah, Greece, Turki, Iran dan Kashmir. KHASIAT SAFRON Proses Penghadaman Menghilangkan Bau Mulut Pencernaan Asma Sembelit Sakit Perut Keletihan Selsema Sakit Sendi Menguatkan Ingatan Tidur yang nyenyak Penyakit Saraf Selera Makan Melancarkan Darah CARA PENGGUNAAN SAFFRON    1. Membancuh Saffron dengan air sejuk / panas / suam? Berapa ML? Sebaiknya menyeduh  Saffron  dengan air suhu neutral atau air suam. Jangan gunakan air panas, mengapa? Kerana kandungan nutrisi yang terkandung dalam Saffron akan hilang. Anda boleh menggunakan 1 cawan air - 500ml / lebih untuk 3-5 keping Saffron. Apabila air habis, anda boleh menambah...

APA ITU KACIP FATIMAH?

D Nama botaninya ialah Labisia pumila. Dalam kegunaan tradisional, kacip fatimah digunakan untuk mengekalkan sistem pembiakan yang baik bagi wanita, untuk mengetatkan dan melincirkan serta meningkatkan fungsi seksual seperti tongkat ali. KHASIAT KACIP FATIMAH >> Mencegah pembiakkan sel prakanser >> Memantapkan tisu yang memerlukan hormon estrogen >> Mengukuhkan struktur tulang melalui penyerapan jisim tulang >> Melewatkan proses penuaan. >> Masalah keputihan >> Masalah angin kerana ianya anti-flatulence iaitu membantu membuang angin berlebihan di dalam badan. >> Melancarkan proses kelahiran bayi. >> Mengembalikan kecergasan selepas bersalin. >> Membantu dalam pengecutan rahim >> Melangsingkan badan dengan membantu dalam menegangkan otot-otot. >> Merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarakan perjalanan darah dan kitaran haid wanita sekaligus mengurangkan sakit senggugut ketika haid. >> Mengurangkan simpto...

Kisah Imam Shafie.

Apabila tiba di Madinah, beliau terus menuju ke Masjid Nabawi dan menunaikan solat sunat dua rakaat. Setelah selesai solat, beliau terpandang satu Majlis ilmu yang disampaikan oleh seseorang yang sangat hebat dalam masjid tersebut. Orang tersebut sedang bersyarah di hadapan begitu ramai anak-anak muda yang kesemuanya khusyuk mendengarnya. Orang itu ialah Imam Malik yang sedang mengajar murid-muridnya tentang hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Dengan langkah yang tertib, Imam Shafie terus menuju ke tempat Imam Malik dan duduk bersama murid-murid beliau. Imam Shafie lantas mengambil sebatang lidi lalu membasahkannya dengan air liur. Beliau menulis segala apa yang diajar oleh Imam Malik tersebut di atas tapak tangannya. Tanpa di sedari, Imam Malik memerhati segala tingkah lakunya.Selesai pengajian, Imam Malik pun memanggil Imam Shafie untuk menegur beliau. Sangkanya Imam Shafie berbuat perkara kurang sopan ketika belajar. Imam Malik bertanya kepada Imam Shafie, "Apakah kamu berasal dari M...

Manjakani : Istimewanya pada Wanita

Ramai orang mengenali kacip fatimah tumbuhan herba yang besar peranannya dalam meningkatkan kesihatan golongan wanita, namun adakah anda mengetahui akan satu lagi tumbuhan herba yang turut bermanfaat kepada wanita iaitu manjakani. Manjakani sesuai untuk golongan wanita; Wanita yang mempunyai masalah longgar dinding vagina Wanita yang mengalami masalah keputihan berlebihan, kegatalan dan bau yang tidak menyenangkan pada vagina  Wanita yang kitaran haidnya terganggu Wanita yang menderita PMS dan kekejangan Wanita yang gemar mengekalkan atau menigngkatkan kecergasan serta kesihatan fizikal Tidak digalakkan penambilannya untuk wanita hamil Kelebihan dan Keistimewaannya; Menjadikan badan kekal langsing Mengetatkan otot-otot perut Mengawal kitaran haid dan mengurangkan kekejangan serta sakit belakang semasa haid Mengekalkan badan agar sihat, segar dan cergas sentiasa Manjakani juga banyak digunakan dalam menghasilkan ubat-ubatan untuk kegunaan ramai. Antara kelebihan manjakani dalam peru...

Hukum Mencuri Dalam Islam

 Ø£ًلسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. Sahabat yang dirahmati Allah, Masyarakat kita sekarang ini berhadapan dengan suasana yang cukup parah. Jenayah berlaku berleluasa, tanpa dapat disekat dan dihapuskan. Setiap hari akhbar arus perdana menceritakan kes rompakan, peras ugut, ragut, pecah rumah dan mencuri. Walaupun pihak berkuasa mengenakan hukuman yang lebih berat, meningkatkan rondaan dan pengawasan yang lebih banyak tetapi jenayah seperti ini masih tidak dapat berkurangan malahan bertambah dari hari kehari. Puncanya adalah kerana hukuman bagi pesalah yang melakukan jenayah ini dihukum tidak mengikut hukum-hukum Allah SWT, akibatnya jenayah ini tidak dapat dibendung ataupun dikurangkan.Penjenayah hanya dihukum penjara dan di dalam penjara boleh makan, min...

Rahsia Surah Al-Kautsar..

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda(SAW) bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib. Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:- 1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita. 2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga. 3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata. 4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan ALLAH s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu. 5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah. 6) Jika rajin membaca...

Rasulullah bukannya Idola....

' Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian bagi Allah, Pemelihara sekalian alam. Selawat disertai salam ke atas yang paling mulia di antara Rasul-rasul, Nabi Muhammad Rasul yang Amin, dan atas sekalian keluarga dan sahabat-sahabat baginda s.a.w. Selawat dan salam buat Rasul junjungan, juga buat keluarga dan sahabat-sahabat baginda s.a.w yang telah menjualkan jiwa dan harta mereka kepada Allah s.w.t demi ketaatan dan kecintaan mereka kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya serta berjihad pada jalan-Nya. “DEMI sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” . (al-Ahzab: 21) “Siapa idola kamu?” Tanya pengacara kepada salah seorang peserta rancangan hiburan.  “ Micheal Jackson merupakan idola saya,” jawab remaja tersebut penuh bangga. Di suatu ...

WANITA YANG SOLEHAH..

DIBUKA bicara mukaddimah tajuk ini dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Hai nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah halalkan bagimu, kamu mencari kesenangan hati isteri-isterimu? dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya Allah telah mewajibkan kepadamu sekalian membebaskan diri dari sumpahmu dan Allah adalah Pelindungmu dan dia Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan ingatlah ketika nabi membicarakan secara rahasia kepada salah seorang isterinya (Hafsah) suatu peristiwa. Maka tatkala (Hafsah) menceritakan peristiwa itu (kepada Aisyah) dan Allah memberitahukan hal itu (pembicaraan Hafsah dan Aisyah) kepada Muhammad lalu Muhammad memberitahukan sebagian (yang diberitakan Allah kepadanya) dan menyembunyikan sebagian yang lain (kepada Hafsah). Maka tatkala (Muhammad) memberitahukan pembicaraan (antara Hafsah dan Aisyah) lalu (Hafsah) bertanya: Siapakah yang telah memberitahukan hal ini kepadamu? Nabi menjawab: Telah diberitahukan kepadaku oleh Allah yang Maha...

ANTARA MENGUMPAT DAN MEMFITNAH.

Kalau kita menceritakan kisah seseorang pada orang lain " itu mengumpat namanya" Kalau kita menceritakan kisah yang tidak benar seseorang pada orang lain " itu memfitnah namanya" Dua dua pun salah kannn jadi tak payah lah nak sibukkan hal orang lain.... Sibukkan hal diri sendiri...cukupkah amalan kita...diterimakah amalan kita.... Berapa banyakkah dosa kita pada orang lain...dah minta maafkah. Bila malaikat maut nak datang jemput? ... Bila bila masa walau dimana kamu berada malaikat tetap akan menjalankan tugasnya seperti biasa...... Takde nanti kejap... Takde petang sikit....... Bila ajal mu telah tiba saat itu juga roh berpisah dari jasad. Jom sama2 perbaiki diri dan bersangka baik sesama insan.

PESANAN RASULULLAH S.A.W BUAT PUTERINYA, FATIMAH...

"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi." "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat." "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas takhta di hari akhirat." "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya, maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1,000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1,000 orang yang tidak berpakaian." "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Al...

KISAH NYATA USTAD YUSUF MANSUR

Di suatu perjalanan dari Sukabumi menuju Jakarta, 3 bulan yang lalu, sebelum bulan Ramadhan. Saat tertidur di perjalanan, terbangunlah Ustad Yusuf Mansur (dibangunkan Allah SWT) dengan rasa kepingin pipis. Tidak jauh di depan ada sebuah SPBU, diputuskanlah untuk buang air kecil di SPBU tersebut. Setelah mobil di parker dan turun dari mobil, terlihat berlari tergopoh-gopoh seorang satpam SPBU menghampirinya. “Assalammualaikum pak ustad”, salam si satpam. “Waalaikumsalam”, ustad menjawab. “Begini pak Ustad saya ingin cerita alias ngobrol-ngobrol dengan pak Ustad”, sambar si satpam. “Oh ya pak nanti ya setelah saya buang air kecil, tunggu dulu aja di sini sebentar”, kata Ustad Yusuf Mansur sembari dia berjalan menuju toilet. Akan tetapi, si satpam bukannya menunggu malahan dia mengikuti di belakang Ustad, si Ustad pun mengulangi perkataannya. “Pak tunggu aja sebentar ga lama ko”. Si satpam pun nyengir sembari berkata, “saya mau shalat ashar dulu pak”. Ustad melihat jam tangannya yang menu...

MAK MANA???

Pesan Berpesan Sesama Kita MANA MAK ..... " Sebelum baca, sila sediakan Tisu" Mana Mak?'  Jam 6.30 petang.  Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.  Ayah baru balik dari sawah.  Ayah tanya Mak, “Along mana?’  Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”  Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”  Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”  Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”  Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”  Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”  Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”  Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.  Dua puluh tahun kemudian  Jam 6.30 petang  Ayah balik ke ...