Skip to main content

Makanan Untuk Kesihatan Mata.


Anda pasti sudah sering mendengar bahawa karot bagus untuk kesihatan mata. Pernyataan ini benar adanya. Pilihan makanan sangat berpengaruh terhadap kesihatan mata. Kajian telah membuktikan bahawa nutrisi berperanan penting dalam menjaga kesihatan mata dan mencegah penyakit mata yang berkaitan dengan usia seperti Age-Related Macular Degeneration (ARMD), katarak, Glaucoma and Diabetic Retinopathy.

Satu kajian yang dilakukan National Eye Institute (NEI) menunjukkan kalau vitamin dan nutrisi tertentu merupakan kunci utama mencegahan penyakit mata.� Nutrisi dan vitamin tertentu tersebut boleh mencegah penyakit utama mata yang berkaitan dengan usia hingga 39%.

Salah satu kandungan dalam makanan yang berperanan dalam menjaga kesihatan mata adalah lutein. Lutein merupakan antioksidan karotenoid yang banyak ditemukan pada buah-buahan dan sayuran. Lutein ini juga merupakan pigmen yang memberikan warna kuning dan oren pada sayuran.


Antioksidan ini dipercaya sangat penting untuk menjaga kesihatan mata karena bisa melindungi dari katarak dan degenerasi macular. Hal ini biasanya terjadi di bahagian macula retina. Macula merupakan bahagian retina yang bertanggung jawab dalam hal penglihatan sentral (central vision). Central vision ini hilang pada mereka yang mengalami degenerasi macula. Beberapa kajian juga telah menunjukkan adanya hubungan antara pengambilan lutein dengan pengurangan risiko mengalami degerasi macular dan katarak.

Untuk menghindari gangguan mata, Anda boleh bermula dengan mengatur pilihan makanan Anda. Berikut beberapa makanan yang baik untuk mata kesihatan mata:

Avokado

Avokado merupakan salah satu dari makanan yang padat nutrisi. Kerana itu, tidak hairanlah kalau makanan ini baik untuk mata. Avokado mengandungi lebih banyak lutein dibandingkan dengan buah-buahan lain. Zat ini sangat penting untuk mencegah degenerasi macular dan katarak. Selain itu, buah ini juga merupakan sumber yang kaya akan nutrisi yang penting untuk mata seperti vitamin A, vitamin C, vitamin B6, dan vitamin E.

Lobak Merah
lobak merah sudah lama dikenalpasti� sebagai makanan yang baik untuk mata. Ini kerana lobak merah adalah makanan yang� kaya dengan beta karotin. Beta karotin akan diubah oleh tubuh menjadi vitamin A. Tentunya Anda sudah tahu kalau vitamin satu ini, berperanan penting dalam proses bioelektrik di mata. Selain itu, juga boleh membantu tubuh melepaskan bahan radikal bebas.

Brokoli
Brokoli kaya dengan vitamin C, kalsium, lutein, zeaxanthin, dan sulforaphane.

Telur
Telur kaya akan nutrisi mata seperti vitamin A, zinc, lutein, lecithin, B12, vitamin D, dan cysteine.

Bayam
Bayam merupakan sumber lain yang kaya vitamin A. Bayam juga mengandung nutrisi yang baik untuk mata seperti lutein dan zeaxathin.

Kobis
Sama seperti bayam, kobis juga kaya akan vitamin A, lutein, dan zeaxathin.

Tomato
Tomato kaya dengan vitamin C dan lycopene, dua nutrisi yang sangat penting untuk mata.

Biji bunga matahari
Biji bunga matahari mengandungi selenium, nutrisi yang boleh mencegah katarak dan juga menjaga kesihatan mata secara umum.

Bawang putih
Bawang putih mengandung selenium dan nutrisi yang baik untuk mata seperti vitamin C dan quercetin.

Salmon
Salmon kaya akan omega-3 yang sangat penting untuk menjaga kesihatan mata secara umum. Salmon juga mengandungi asid folik, vitamin D, vitamin B6, vitamin B12, dan vitamin A.

Copy & paste


Comments

Popular posts from this blog

Jenis-jenis Vitamin B dan Fungsi-fungsinya.

 Jenis-jenis Vitamin B dan Fungsi-fungsinya Jenis-jenis Vitamin B dan Fungsi-fungsinya Pengarang UDI DOLLARDiterbitkan pada November 25, 2017  TAGS MAKLUMAT KESIHATAN Vitamin B memainkan peranan penting untuk badan. Bahan ini dapat membantu pertumbuhan, perkembangan dan fungsi tubuh yang lain. Memandangkan manfaat vitamin B untuk badan, anda harus sentiasa memasukkan bahan-bahan ini dalam diet harian anda.  Vitamin dimasukkan ke dalam mikronutrien yang diperlukan dalam badan. Dengan kata lain, vitamin tidak diperlukan dalam kuantiti yang banyak sebagai bahan makronutrien, tetapi fungsi vitamin penting untuk mengaktifkan fungsi badan. Jumlah vitamin yang diperlukan oleh tubuh adalah 13 vitamin, di mana 8 adalah dalam kumpulan vitamin B-kompleks atau B.  Lapan anggota vitamin B kompleks dibubarkan di dalam air. Walau bagaimanapun, kompleks vitamin B juga sangat terdedah kepada kerosakan dan kemusnahan, terutamanya ole...

Donats

Donuts 1 paket yeast @ mauripan 2 sudu besar air suam@lebih sikit 3/4 cawan susu suam 2 1/2 sudu butter 1 biji telur 1/3 cawan gula 1 sudu teh garam 2 3/4 cawan tepung gandum (akak ikut suka lebih sikit kadang2) Cara: - dlm mangkuk sederhana masukkan yeast@mauripan dlm air suam. - Dalam mangkuk lain masukkan susu suam, butter, telur dan garam putar@kacau sampai sebati& lembut. - masukkan separuh tepung dan putar 30 saat. - masukkan bancuhan mauripan tadi gaul rata. - masukkan separuh lagi tepung dan uli dengan tangan hingga lembut. - tutup adunan tadi sehingga menjadi 2 kali ganda. - uli doh dgn ditabur tepung diatas pencanai bentukkan bulat guna acuan@tangan kemudian tunggu 30 - 45 minit. - goreng seperti biasa. Copy & paste

APA ITU KACIP FATIMAH?

D Nama botaninya ialah Labisia pumila. Dalam kegunaan tradisional, kacip fatimah digunakan untuk mengekalkan sistem pembiakan yang baik bagi wanita, untuk mengetatkan dan melincirkan serta meningkatkan fungsi seksual seperti tongkat ali. KHASIAT KACIP FATIMAH >> Mencegah pembiakkan sel prakanser >> Memantapkan tisu yang memerlukan hormon estrogen >> Mengukuhkan struktur tulang melalui penyerapan jisim tulang >> Melewatkan proses penuaan. >> Masalah keputihan >> Masalah angin kerana ianya anti-flatulence iaitu membantu membuang angin berlebihan di dalam badan. >> Melancarkan proses kelahiran bayi. >> Mengembalikan kecergasan selepas bersalin. >> Membantu dalam pengecutan rahim >> Melangsingkan badan dengan membantu dalam menegangkan otot-otot. >> Merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarakan perjalanan darah dan kitaran haid wanita sekaligus mengurangkan sakit senggugut ketika haid. >> Mengurangkan simpto...