Skip to main content

Manjakani : Istimewanya pada Wanita


Ramai orang mengenali kacip fatimah tumbuhan herba yang besar peranannya dalam meningkatkan kesihatan golongan wanita, namun adakah anda mengetahui akan satu lagi tumbuhan herba yang turut bermanfaat kepada wanita iaitu manjakani.

Manjakani sesuai untuk golongan wanita;
Wanita yang mempunyai masalah longgar dinding vagina
Wanita yang mengalami masalah keputihan berlebihan, kegatalan dan bau yang tidak menyenangkan pada vagina 
Wanita yang kitaran haidnya terganggu
Wanita yang menderita PMS dan kekejangan
Wanita yang gemar mengekalkan atau menigngkatkan kecergasan serta kesihatan fizikal
Tidak digalakkan penambilannya untuk wanita hamil
Kelebihan dan Keistimewaannya;
Menjadikan badan kekal langsing
Mengetatkan otot-otot perut
Mengawal kitaran haid dan mengurangkan kekejangan serta sakit belakang semasa haid
Mengekalkan badan agar sihat, segar dan cergas sentiasa
Manjakani juga banyak digunakan dalam menghasilkan ubat-ubatan untuk kegunaan ramai. Antara kelebihan manjakani dalam perubatan ialah;

Awet muda - Kandungan anti oksidannya mampu melambatkan proses penuaan
Elak diabetes - Asid gallic berupaya membantu mengatasi masalah diabetes dan asma
Hindari kanser payudara dan serviks - Kandungan anti oksidannya jugs berperanan mengatasi penyakit kanser.
Atasi lebihan darah haid - Astringent di dalamnya boleh menyerap darah yang berlebihan ekoran haid.
Penyembuhan tisu-tisu luar - Astringent dalam manjakani membantu menyembuhkan kerosakan tisu luar selepas bersalin
Mencantikkan kulit - Astringent turut berpotensi melicinkan dan menegangkan kulit selain mencegah pertumbuhan jerawat disamping merawat kulit kering dan berminyak
Mata sihat - Astringent dapat memulihkan masalah mata kerana kemampuannya mengecutkan tisu-tisu pada mata
Rawatan payudara - Ciri-ciri keanjalan manjakani dalam merawat otot-otot membantu memperbaiki keanjalan payudara
Gigi dan tulang - Kalsium yang didapati pada manjakani membantu memperkuatkan gigi dan tulang
Mulut - Kandungan astringent dalam manjakani berfungsi memelihara kebersihan mulut
Kaya dengan vitamin - Kandungan fiber yang terdapat dalam manjakani secara tidak langsung mencegah masalah sembelit.
Itulah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan berkenaan dengan manjakani. Saya juga menyarankan agar wanita lepas bersalin mengamalkan minum air manjakani ini.




Comments

Popular posts from this blog

Jenis-jenis Vitamin B dan Fungsi-fungsinya.

 Jenis-jenis Vitamin B dan Fungsi-fungsinya Jenis-jenis Vitamin B dan Fungsi-fungsinya Pengarang UDI DOLLARDiterbitkan pada November 25, 2017  TAGS MAKLUMAT KESIHATAN Vitamin B memainkan peranan penting untuk badan. Bahan ini dapat membantu pertumbuhan, perkembangan dan fungsi tubuh yang lain. Memandangkan manfaat vitamin B untuk badan, anda harus sentiasa memasukkan bahan-bahan ini dalam diet harian anda.  Vitamin dimasukkan ke dalam mikronutrien yang diperlukan dalam badan. Dengan kata lain, vitamin tidak diperlukan dalam kuantiti yang banyak sebagai bahan makronutrien, tetapi fungsi vitamin penting untuk mengaktifkan fungsi badan. Jumlah vitamin yang diperlukan oleh tubuh adalah 13 vitamin, di mana 8 adalah dalam kumpulan vitamin B-kompleks atau B.  Lapan anggota vitamin B kompleks dibubarkan di dalam air. Walau bagaimanapun, kompleks vitamin B juga sangat terdedah kepada kerosakan dan kemusnahan, terutamanya ole...

Donats

Donuts 1 paket yeast @ mauripan 2 sudu besar air suam@lebih sikit 3/4 cawan susu suam 2 1/2 sudu butter 1 biji telur 1/3 cawan gula 1 sudu teh garam 2 3/4 cawan tepung gandum (akak ikut suka lebih sikit kadang2) Cara: - dlm mangkuk sederhana masukkan yeast@mauripan dlm air suam. - Dalam mangkuk lain masukkan susu suam, butter, telur dan garam putar@kacau sampai sebati& lembut. - masukkan separuh tepung dan putar 30 saat. - masukkan bancuhan mauripan tadi gaul rata. - masukkan separuh lagi tepung dan uli dengan tangan hingga lembut. - tutup adunan tadi sehingga menjadi 2 kali ganda. - uli doh dgn ditabur tepung diatas pencanai bentukkan bulat guna acuan@tangan kemudian tunggu 30 - 45 minit. - goreng seperti biasa. Copy & paste

APA ITU KACIP FATIMAH?

D Nama botaninya ialah Labisia pumila. Dalam kegunaan tradisional, kacip fatimah digunakan untuk mengekalkan sistem pembiakan yang baik bagi wanita, untuk mengetatkan dan melincirkan serta meningkatkan fungsi seksual seperti tongkat ali. KHASIAT KACIP FATIMAH >> Mencegah pembiakkan sel prakanser >> Memantapkan tisu yang memerlukan hormon estrogen >> Mengukuhkan struktur tulang melalui penyerapan jisim tulang >> Melewatkan proses penuaan. >> Masalah keputihan >> Masalah angin kerana ianya anti-flatulence iaitu membantu membuang angin berlebihan di dalam badan. >> Melancarkan proses kelahiran bayi. >> Mengembalikan kecergasan selepas bersalin. >> Membantu dalam pengecutan rahim >> Melangsingkan badan dengan membantu dalam menegangkan otot-otot. >> Merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarakan perjalanan darah dan kitaran haid wanita sekaligus mengurangkan sakit senggugut ketika haid. >> Mengurangkan simpto...