Skip to main content

PESANAN RASULULLAH S.A.W BUAT PUTERINYA, FATIMAH...


"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas takhta di hari akhirat."

"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya, maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1,000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1,000 orang yang tidak berpakaian."

"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."

"Ya Fatimah, barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Sirat."

Comments

Popular posts from this blog

Jenis-jenis Vitamin B dan Fungsi-fungsinya.

 Jenis-jenis Vitamin B dan Fungsi-fungsinya Jenis-jenis Vitamin B dan Fungsi-fungsinya Pengarang UDI DOLLARDiterbitkan pada November 25, 2017  TAGS MAKLUMAT KESIHATAN Vitamin B memainkan peranan penting untuk badan. Bahan ini dapat membantu pertumbuhan, perkembangan dan fungsi tubuh yang lain. Memandangkan manfaat vitamin B untuk badan, anda harus sentiasa memasukkan bahan-bahan ini dalam diet harian anda.  Vitamin dimasukkan ke dalam mikronutrien yang diperlukan dalam badan. Dengan kata lain, vitamin tidak diperlukan dalam kuantiti yang banyak sebagai bahan makronutrien, tetapi fungsi vitamin penting untuk mengaktifkan fungsi badan. Jumlah vitamin yang diperlukan oleh tubuh adalah 13 vitamin, di mana 8 adalah dalam kumpulan vitamin B-kompleks atau B.  Lapan anggota vitamin B kompleks dibubarkan di dalam air. Walau bagaimanapun, kompleks vitamin B juga sangat terdedah kepada kerosakan dan kemusnahan, terutamanya ole...

APA ITU KACIP FATIMAH?

D Nama botaninya ialah Labisia pumila. Dalam kegunaan tradisional, kacip fatimah digunakan untuk mengekalkan sistem pembiakan yang baik bagi wanita, untuk mengetatkan dan melincirkan serta meningkatkan fungsi seksual seperti tongkat ali. KHASIAT KACIP FATIMAH >> Mencegah pembiakkan sel prakanser >> Memantapkan tisu yang memerlukan hormon estrogen >> Mengukuhkan struktur tulang melalui penyerapan jisim tulang >> Melewatkan proses penuaan. >> Masalah keputihan >> Masalah angin kerana ianya anti-flatulence iaitu membantu membuang angin berlebihan di dalam badan. >> Melancarkan proses kelahiran bayi. >> Mengembalikan kecergasan selepas bersalin. >> Membantu dalam pengecutan rahim >> Melangsingkan badan dengan membantu dalam menegangkan otot-otot. >> Merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarakan perjalanan darah dan kitaran haid wanita sekaligus mengurangkan sakit senggugut ketika haid. >> Mengurangkan simpto...

Donats

Donuts 1 paket yeast @ mauripan 2 sudu besar air suam@lebih sikit 3/4 cawan susu suam 2 1/2 sudu butter 1 biji telur 1/3 cawan gula 1 sudu teh garam 2 3/4 cawan tepung gandum (akak ikut suka lebih sikit kadang2) Cara: - dlm mangkuk sederhana masukkan yeast@mauripan dlm air suam. - Dalam mangkuk lain masukkan susu suam, butter, telur dan garam putar@kacau sampai sebati& lembut. - masukkan separuh tepung dan putar 30 saat. - masukkan bancuhan mauripan tadi gaul rata. - masukkan separuh lagi tepung dan uli dengan tangan hingga lembut. - tutup adunan tadi sehingga menjadi 2 kali ganda. - uli doh dgn ditabur tepung diatas pencanai bentukkan bulat guna acuan@tangan kemudian tunggu 30 - 45 minit. - goreng seperti biasa. Copy & paste